1.3 |
|
Pengagihan penggunaan kenderaan adalah atas budi bicara Unit Angkut HTAA. |
|
1.4 |
|
Unit ini boleh membatalkan mana-mana tempahan kenderaan yang telah diluluskan sekiranya terdapat keperluan tugas yang lebih mendesak. |
|
1.5 |
|
Pegawai yang menggunakan kenderaan Jabatan tidak layak membuat tuntutan perjalanan tersebut. |
|
1.6 |
|
Penggunaan kenderaan adalah untuk urusan rasmi kementerian sahaja. Permohonan penggunaan bas dan lori untuk urusan peribadi / Kelab / Persatuan boleh dipertimbangkan sekiranya pihak penganjur / pemohon bersetuju menanggung kos perbelanjaan minyak, tol jalan, insurans kepada penumpang dan elaun makan serta penginapan kepada pemandu-pemandu. |
|
1.7 |
|
Tempahan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya pengguna tidak berada di tempat yang ditetapkan 30 minit dari masa yang ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna menghubungi pegawai kenderaan atau pemandu mengenai sebarang perubahan pada jadual perjalanan. |